“Ismi Madihah,dengar dulu cakap ibu
sayang…”pujuk Aminah sambil memegang kejap bahu anak tunggalnya itu.
“Dengarkan apa lagi bu.. ibu dengan papa memang dah tak sayangkan Ismikan? Sampai hati papa dengan ibu buat Ismi macam ni…”lontar Ismi Madihah dalam tangis sambil meyeka air mata yang kian laju membasahi pipinya.
“Ismi!! Dengar cakap papa,apa yang papa buat ni untuk kebaikan kamu juga bukan untuk orang lain.”ujar Hj. Shamsudin dengan lantang.
“Kebaikan? Kebaikan apa pa?! Ismi tak nampak apa kebaikan yang Ismi dapat kalau kahwin dengan budak tu.. Ismi tak mungkin kahwn dengan ”hati Ismi dipagut rasa kecewa dengan ibu dan papanya yang sanggup memaksanya agar mengahwini anak rakan papanya.
Dia tidak tahu harus bagaimana lagi untuk memberitahu kepada orang tuanya agar membatalkan perkahwinannya dengan Afif Aiman anak rakan Hj Shamsudin. Mana mungkin dia ingin berkahwin di usianya yang masih muda. Gaji bulan pertamanya pun belum masuk lagi. musibah apa lagi yang menimpa Ismi Humaira.
“walau apa pun,Ismi kena ikut cakap papa. Papa buat semua ni untuk kebaikan dan kepentingan Ismi. Jangan bantah lagi,hujung minggu ni,rombongan masuk meminang akan datang.”tanpa berlama Hj. Shamsudin terus berlalu meninggalkan ruang tamu.

Kecewa,sedih,marah,gelisah kian bercampur aduk.
Ismi tidak tahu ingin berkata apa,dia diserang kecewa yang teramat dahsyat. Dia
sendiri begitu terkejut dengan tindakan papa dan ibunya itu yang selama ini
selalu memanjakan dirinya. Namun,saat ini dia harus menerima hakikat sebenar,yang
dia,Ismi Madihah akan bertunang hujung minggu ini. Cara apa lagi yang dia mampu
untuk ubah keputusan papanya itu selain pasrah dan berserah kepada Illahi.
“Is.. kenapa murung je ni? aku tengok kau sejak
pagi tadi suram je,moody. Kau ada masalah ke?” Ismi menggeleng lambat bila
ditanya sahabat rapatnya itu.
“kau jangan nak bohong aku la,Is. Kita kawan bukan sehari dua tau,sejak sekolah menengah lagi aku kenal kau. Is… jangan laa macam ni,share la dengan aku. Mana laa tahu,kot-kot aku boleh tolong kawan aku nikan?”sengaja Nadia memegang bahu kawannya itu. Dia begitu masak dengan perangai Ismi yang suka berdiam diri dan muram jika ada masalah.
“dulu kau juga yang pernah cakap time zaman sekolah dulu,kalau ada masalah,kita sama2 share. Tengok sekarang,kau jarang sangat nak share masalah dengan aku. Anak murid kau buat hal lagi ke? Diorang tak siapkan homework yang kau bagi ke? Atau diorang ponteng kelas kau? Kau bagitahu je kat aku,nanti aku report kat cikgu Naim,biar dia yang uruskan budak-budak tu.” Ismi masih membisu sambil matanya galak menjamah segenap penjuru pemandangan sekolah tempat dia bertugas itu.
“Ya Allah.. Is,bagitahu laa…”melihat Ismi tiada respon,Nadia tetap berusaha memujuk Ismi agar membuka mulut menceritakan masalahnya kepada dia.
lama menunggu respon dari Ismi,namun sedikit hampa kerana Ismi tetap tidak mahu membuka mulut.
“Waktu rehat dah tamat. Aku ada kelas ni,aku pergi dulu. Assalamualaikum..”ujar Ismi lalu berlalu pergi meninggalkan Nadia di meja batu berdekatan dengan kantin sekolah. Tanpa berlama disitu,Nadia terus berlalu pergi ke bilik guru untuk mengambil buku mengajarnya sebelum menuju ke kelas.

Petang itu,Ismi menghabiskan masanya dibilik.
Dia langsung tidak keluar dari bilik selepas pulang dari sekolah. Seluruh tubuhnya rasa kaku,apa yang dia tahu
hanyalah pergi sekolah,mengajar dan terus pulang ke rumah. Tidak seperti
dahulu,kebiasaannya Ismi dan Nadia akan ke shopping mall dulu sebelum
pulang,walaupun tiada apa yang ingin dibeli namun dia cukup puas,hanya sekadar
mencuci mata. Itulah sifat wanita,tidak dinafikan wanita suka ke shopping mall
tapi tidak semestinya untuk menghabiskan duit.
Deringan handphonenya langsung tidak dipedulikan,pintu bilik dikunci. Sudah 2 hari Ismi tidak menjamah makanan,di sekolah juga dia tidak makan apa-apa,kalaupun dia ke kantin sekadar untuk minum chocholate hot kesukaannya. Ismi tidak seceria dahulu. Nadia tidak senang hati melihatkan keadaan Ismi yang semakin hari semakin muram. Kadang-kadang dia pernah terdengar Ismi menangis teresak-esak di toilet. Dia sendiri bingung dengan sahabat karibnya itu,ikutkan hati Nadia dia ingin membantu Ismi menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh kawannya itu.

“Cikgu Ismi,cikgu ok ke? Muka cikgu nampak tak
bermaya sejak akhir-akhir ni.”tanya Humaira yang juga merupakan guru bahasa
inggeris sama seperti Ismi di sekolah itu. Ismi hanya menggeleng seraya
menguntum senyuman buat Humaira lalu mengatur langkah beredar keluar dari bilik guru.
Selesai mengajar kelas tingkatan 4 Sains,Ismi
mengatur langkah keluar dari kelas. Sepanjang mengajar Ismi tidak lekang dari
memberi senyuman kepada pelajar-pelajarnya. Namun,setelah keluar dari kelas dia
kembali muram dan sayu seperti ibu kematian anak. Mungkinkah papa dan ibunya
akan meneruskan rancangan mereka untuk menyatukan Ismi dengan anak
Hj.Murad,kawan Hj.Shamsudin. Ismi sendiri sudah bingung,masih wujud lagi ke
perkahwinan yang diatur oleh orang tua zaman sekarang yang moden ini? Namun
tidak diakui ramai sahaja kawan-kawannya yang berkahwin dengan pilihan orang
tua mereka sendiri walaupun baru berusia 24 tahun. Bagi Ismi usianya masih
muda,tidak perlu memikirkan sangat tentang hal-hal perkahwinan. Masih banyak
perkara yang belum diselesaikan lagi. Kalaupun dia punya keinginan untuk
berkahwin,biarlah lelaki itu adalah pilihannya sendiri.
“Is? Jom
teman aku pergi makan?”sapa Nadia seraya tangannya menyentuh lembut bahu Ismi. Muka
Ismi yang tadi serius tiba-tiba berwajah kaget seolah-olah dikejar hantu raya. Ismi
yang tadi ingin membuka pintu keretanya tidak jadi meneruskan niat tersebut.
“Astagfirullahal-azim.. mujurlah aku tak ada
sakit jantung.”ujar Ismi sambil mengusap dadanya.
“Hah?! Dah keluar pun suara teacher Ismi. Macam ni baru best!! Is?! Jom temankan aku pergi shopping mall jap?”Nadia sudah memegang tangan kawannya itu sambil mengangkat-angkat keningnya ingin memujuk Ismi supaya menemaninya keluar memandangkan semalam para pegawai kerajaan sudah menerima gaji masing-masing termasuk Ismi dan Nadia.

“Jangan spoil mood aku yang tengah elok ni,kau
ni biar betul? Nak pergi shopping mall ke nak pergi makan? Cakap berbelit macam
ular sawa dah aku tengok. Ni..ni.. pegang-pegang tangan aku ni kenapa pulak? Ni
mesti nak bodek aku treat kau kan? Dah-dah,tak ada masa aku nak belanja
kau,banyak benda lagi aku nak kena settle dengan duit tu.”tangan Ismi sudah
mula membuka pintu kereta namun sempat ditahan Nadia sambil mengukir senyuman
kerang busuk.
“Bukan nak bodek kau suruh treat aku laa… ok..ok.. aku nak kau temankan aku jalan-jalan hari ni memandangkan mood kau nampak macam baik je,bukan macam sebelum-sebelum ni. So,apa kata kita shopping-shopping dulu and then,kita pergi makan pulak. Amacam? Deal?” tanpa banyak bicara,Ismi hanya mengangguk setuju,dengan pantas Nadia mengambil seat penumpang bersebelahan dengan pemandu.

“Is,aku nak tanya kau sikit ni,boleh tak?”tanya
Nadia sambil tangannya sibuk mencubit isi ayam goreng KFC. “Emmm….bo..leh…..apa
dia?”lontar Ismi. Tiba-tiba dia terasa ceria hari ini,mungkin kerana anak
muridnya tadi yang sudi berborak-borak dengan sewaktu rehat. Sempat gadis
berumur 16 tahun itu menceritakan tentang kakaknya yang baru berkahwin beberapa
hari yang lalu.
“yang kau tersengih-sengih macam badak sumbu ni kenapa pulak? Sengal ek?”tiba-tiba Ismi tersedar dari lamunannya.
“Hish!! Kau ni,ada-ada je… cepat laa cakap,tadi kata nak tanya something dengan aku. Tanya laa sekarang.”
“tak ada la,aku saja je nak tahu kenapa mood kau dua tiga hari ni nampak macam tak baik je kecuali sekarang. Pagi tadi pun aku nampak kau macam moody gila. Hah? Lagi satu aku nampak badan kau makin susut je. Tu,bibir tu sekarang ni memang payah sangat nak tengok tersenyum macam dulu-dulu, kalau kau takut gigi kau tu berterabur jatuh,tak payah rungsing sangat la,gigi kau dah berpagar pun. Braces tu kuat apa?”
Tangan Ismi pantas mencubit lengan Nadia sambil tersenyum,terserlah giginya yang tersusun cantik dek kerana memakai braces 5 bulan yang lalu. “sebenarnya,aku ada masalah Nad.. aku minta maaf la kalau aku buat kau risau selama ni. Aku…aku…”tanpa sengaja tubir mata Ismi dipenuhi dengan air mata. Nadia makin serba salah.

“Aku kena kahwin hujung minggu ni...”air mata
Ismi laju membasahi pipinya. Dadanya sebak,fikirannya makin keliru. Perasaan ceria
bertukar sayu,entah kenapa dirinya dilanda kesedihan dengan rancangan orang
tuanya kali ini. Tidak dinafikan,hidupnya sebelum ini semuanya diatur oleh
orang tuanya. Tapi,kali ini dia sendiri bingung dan tidak punya daya untuk
menolak permintaan Hj Shamsudin dan Aminah.