Tuesday, 10 January 2012

ANTARA CARA BUAT DUIT DEPAN PC!!!


1) EBOOKS
Jika anda memiliki kemahiran menulis serta profesion anda sekarang menarik untuk dikongsi bersama          umum,apa salahnya mencuba menulis eBooks. Perisiannya percuma. Hasilkan sebuah buku dan muat naik sinopsisnya untuk menarik minat pembaca mendapatkan eBook sepenuhnya daripada anda,berbayar.

2) PERNIAGAAN SECARA LANGSUNG DALAM TALIAN 
sesuatu yang cuba-cuba juga boleh menjadi bisnes menguntungkan. cara ini sangat popular dan ternyata ramai berjaya memperoleh keuntungan anda juga boleh juga membina rangkaian.
3)BLOG
ribuan orang di seluruh dunia telah berjaya memperoleh ganjaran daripada kegemaran menulis di blog. apabila memperoleh trafik yang memberansangkan maka anda hanya perlu menanti keuntungan.

4)REKAAN
manfaatkan kebolehan anda mereka bentuk baju atau apa sahaja menggunakan perisian komputer di talian. dapatkan tender dan cuba runding nilai terbaik.

5)PEMBANTU VIRTUAL
bantu individu yang memerlukan bantuan. jadikan diri anda pembantu virtual yang sangat berguna yang boleh respons bila-bila masa meskipun anda juga hanya GOOGLE jawapan.kepercayaan terhadap respons pantas dan tepat akan menjadikan anda laris dan sentiasa buat duit depan PC.


6)JURU ALIH BAHASA 

jika anda mempunyai hubungan dengan industri pelancongan ataupun syarikat telekomunikasi di negara lain,tawarkan perkhidmatan bantuan komunikasi untuk perniagaan kecil yang lain secara dalam talian. jadi juru alih bahasa.


7)TUTORIAL 
 bagi yang mempunyai video kemahiran,cuba bina video tutorial yang memanfaatkan semua orang dan jualnya kepada yang berminat. apa yang berlaku sekarang ramai yang hanya mengedarkannya secara percuma sedangkan ribuan telah melihatnya. 
8)SUNTINGAN 
tawarkan khidmat suntingan. aplikasikan kemahiran anda mungkin untuk menyemak ejaan,PowerPoint,SPSS dan banyak lagi.

9)MEREKA BENTUK LOGO 
jika anda kreatif dan mampu hasilkan reka bentuk logo yang menarik,buat duit dengan menawarkan perkhidmatan reka bentuk logo peribadi pada webmaster forum,laman web iklan dan fiverr. tidak perlu perisian photoshop,hanya dengan GIMP atau perisian manipulasi imej lain juga cukup.


10)RINGTONE 
muzik memang boleh buat duit. anda ada gubahan lagu menarik yang boleh dijadikan sebagai ringtone. masukkan ke dalam laman web percuma talian. bagi versi demo sahaja. siapa yang suka,minta hubungi anda.







                                                                                                                                        

No comments:

Post a Comment