Suatu petang yang redup, Ogi si burung helang terbang dengan penuh gah merentas langit. Sambil mengepakkan sayapnya yang cantik dan kuat, Ogi meliarkan pandangan matanya ke sana ke mari. Ogi sedang mencari haiwan melata untuk dibuat juadahberbuka setelah seharian berpuasa. Sebaik sahaja Ogi terbang melintasi kawasan persisiran pantai,tiba-tiba Ogi ternampak kelibat kecil seekor anak ketam sedang bermain seorang diri. Tanpa berfikir panjang, Ogi terus meluncur laju ke arah anak ketam tersebut. Semakin dekat,Ogi terbang lebih laju persis jet pejuang. Sebaik sahaja Ogi bersiap sedia menyambar anak ketam itu,tiba-tiba segerombolan ketam dewasa muncul entah dari mana lalu mengelilingi anak ketam itu sambil menghalakan sepit mereka. Ogi yang sedang meluncur laju,tidak mampu menekan brek mahupun berpatah balik. Segalanya sudah terlalu lewat buat Ogi. Di penghujung hari, Ogi akhirnya pulang ke sarang dengan kesakitan serta bulu-bulu yang bertaburan akibat disepit ketam-ketam tersebut. :)
KESIMPULAN
-HIDUPLAH DALAM MASYARAKAT DAN BUKAN BERSEORANGAN. IANYA LEBIH BAIK!!
-UNTUK MENCAPAI SESUATU,PERLU ADA STRATEGI
No comments:
Post a Comment